Peluang mengendalikan KEM HUFFAZ CILIK pada cuti sekolah yang lepas merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Alhamdulillah Kem HC mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa dan peserta.
Walaupun jadual agak padat setiap hari para peserta tetap memberikan komitmen yang baik. Mereka sangat teruja dengan setiap aktiviti yang dilakukan terutama semasa sesi kraf dan kreativiti eksperimen bahtera dan kraf bahtera. Masing-masing cuba memberikan hasil kerja yang terbaik.
Sesuai dengan tema HUFFAZ CILIK Bukan Sekadar Hafazan, anak-anak syurga ini bukan sekadar menghafal surah dan makna tetapi dapat memahami pengajaran di sebalik surah lazim yang dihafal dan mengaitkan dengan kehidupan seharian.
Walaupun baru mengenali antara satu sama lain anak2 ini mampu berinteraksi dengan baik dan bekerjasama menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberi. Persembahan hasil kerja turut membantu meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berucap di khalayak ramai. Walaupun ada peserta yang malu2 untuk berucap mereka tetap mahu mencuba dengan bimbingan fasilitator.
Semoga anak-anak ini istiqamah mengamalkan apa yang telah dipelajari sepanjang 2 hari kem berlansung. Doa kami agar anak-anak ini menjadi anak soleh dan solehah berjaya di dunia dan akhirat.
InsyaALLAH berjumpa lagi di KEM HUFFAZ CILIK yang akan datang.....
HUFFAZ CILIK Bukan Sekadar Hafazan.